Saturday, 25 June 2011

Tugasan Kumpulan KPD3016



Online Module
Set Induksi

Nama guru    : Caroline Jintanin
Kelas              : Prasekolah Sk St Theresa Inobong, Penampang
Masa              : 7.50 – 8.00
Komponen    : Set induksi
Fokus             : Bahasa dan Komunikasi
Objektif           : Murid dapat menamakan sayur-sayuran yang ditunjukkan dengan betul.
SP                   : 2.2.7 Bersoalajawab secara bersopan
SK                   : 2.2 Bersoaljawab melalui ransangan yang diberi.
KSP                : KTI 2.1.8 Mengambil bahagian dalam aktiviti lagu.
Bahan            : Bahan maujud sayur-sayuran dan lirik lagu.


Masa
Langkah
Bahan






10minit
Langkah 1
-Guru bersoal jawab dengan murid.
  Siapa yang suka makan sayur?
  Kamu suka makan sayur apa?
-Murid memberi jawapan secara lisan.

Langkah 2
-Guru menunjukkan sayur-sayuran kepada murid dan menyoal murid?
  Kamu pernah nampak sayur ini di rumah?
-Murid memberikan jawapan masing-masing.
-Murid menamakan sayur-sayuran yang mereka kenal.



Bahan maujud
Sayur-sayuran




Langkah 3
-Guru menyebut nama sayur-sayuran yang ditunjukkan dan mengkatogerikan kepada jenis-jenis buah.
o   Sayur jenis daun (kangkung,bayam,sawi)
o   Sayur jenis kacang (kacang panjang,kacang bendi)
o   Sayur jenis buah (petola,peria,terung,labu air)

-Murid menamakan semula jenis-jenis sayur yang ditunjukkan oleh guru.

Langkah
-Guru menyanyikan lagu sayur-sayuran mengikut lirik yang ditunjukkan.
-Guru dan murid menyanyikan lagu sayur-sayuran bersama-sama.


Lirik lagu
Sayur-sayuran
Saya suka  makan sayur,
Sayur sawi dan kangkung,
badan sihat kulit cantik
bila kita makan sayur.

Refleksi :
 Aktiviti yang dijalankan menarik minat murid. 15orang murid dapat menamakan nama sayur-sayuran yang dibawah oleh guru dan 8 orang murid dapat mengkatogerikan jenis-jenis sayuran yang dibawa oleh guru.
  
Gambar Aktiviti Set Induksi

Guru menunjukkan sayur sebenar kepada murid dan menerangkan nama bagi sayur tersebut


Murid dipanggil kehadapan untuk membantu guru

Guru menerangkan nama bagi setiap sayur


Murid menyebut semula nama sayur yang telah mereka tahu

_________________________________________________

Aktiviti 1 : Mengeja dan Membaca

Nama Guru : Francis @ Bryan Maralag
Masa
8.00 – 8.25 (25 Minit)
Tunjang
Bahasa Malaysia
Fokus
BM 3.0 Kemahiran Membaca
Standard Kandungan
BM 3.6 Membaca frasa
Standard Pembelajaran
BM 3.6.1 Membaca frasa dengan bimbingan

Objektif
Diakhir pembelajaran ini, murid dapat
         Mengeja dengan betul
         Membaca frasa dengan sebutan yang betul dengan bimbingan guru
Kesepaduan
PSE 2.3.6 Berinteraksi dengan yakin.
PM 6.1.13 Mematuhi arahan guru atau ketua kumpulan.




Aktiviti
Langkah Pengajaran
1.    Guru menerangkan jenis-jenis sayur daun kepada murid. Contohnya, sayur sawi, kalian, kobis, kangkung dan bayam
2.    Guru menayangkan persembahan Power Point mengenai sayur daun.
3.    Guru meminta murid mengeja nama sayur dan kemudian membaca secara terus nama sayur tersebut
4.    Guru meminta murid menulis nama sayur dengan betul menggunakan perisian Talk Any.

Bahan
         Komputer Riba
         Televisyen
         Converter Komputer ke Televisyen.

Refleksi
22/25 daripada murid dapat mengeja dan membaca nama sayur daun dengan betul. 3 orang murid masih lemah dalam kemahiran membaca. Gunakan murid yang telah mahir membaca frasa mudah untuk mmembimbing murid yang lemah. Guru juga harus menggunakan bahan interaktif yang lebih menyeronokkan.

Video Aktiviti 1


___________________________________________________________

Aktiviti 2
Nama Guru    : Natasha Abdullah
Kelas              : Prasekolah Sk Bahang, Penampang
Masa              : 8.25 – 9.25
Komponen    : Kreativiti dan Estetika
Fokus             : KTI 1.0 Seni Visual
SK                   : KTI 1.1 Menggunakan pengetahuan tentang bahan dan teknik dalam
             menghasilkan karya seni (Aplikasi seni)
SP                   : KTI 1.1.3 Memilih pelbagai bahan yang sesuai dalam penghasilan karya
Objektif           : Di akhir pembelajaran ini, murid dapat memilh pelbagai bahan yang
                          sesuai dalam penghasilan karya
KSP                : ST 3.3.3 Memerhati dan bercerita tentang sayur-sayuran dan buah-
                           buahan yang biasa dijumpai
Bahan              : Gambar draf  sayuran, Pensel warna, Kertas tebal (pemegang), Gam
               dan Gunting



Masa
Langkah
Bahan




Langkah 2
(60 minit)

Aktiviti Membuat ‘mobile sayuran’
1.    Guru tunjukkan bahan-bahan yang perlu digunakan iaitu gambar sayuran dan kertas tebal.
2.    Penerangan cara untuk membuat; mewarna terlebih dahulu kemudian
lekatkan gambar pada kad manila sebelum digunting.
3.    Murid-murid mewarna gambar sayuran dengan teliti dan setelah selesai murid melekatkan gambar yang telah siap diwarna pada kad manila.
4.    Guru membantu menggunting gambar sayuran tadi kemudian meminta murid melekatkan sayuran yang telah digunting pada kertas tebal yang dijadikan pemegang.

-       Gambar draf  sayuran
     Pensel warna
-       Kertas tebal (pemegang)
-       Gam
-       
Gunting

Refleksi :
Aktiviti yang dilakukan sangat menarik minat murid. Tetapi terdapat beberapa kelemahan sebelum, semasa dan selepas aktiviti ini berlangsung. Antaranya ialah, sebelum aktiviti guru seharusnya menunjukkan contoh mobile sayuran yang telah siap kepada murid untuk menarik perhatian semasa penerangan dilakukan. Ini kerana murid-murd tidak dapat memahami apa sebenarnya yang guru hendak sampaikan dan apa yang perlu mereka lakukan. Semasa aktiviti berlangsung pula, murid yang mendapat gambar yang agak mudah telah siap membuatkan kawalan kelas kurang terkawal. ini kerana murid yang telah siap menggangu rakan-rakan yang belum lagi siap. Selepas aktiviti pula, murid mula membuat bising dengan menggayakan mobile sesama mereka. Ini disebabkan terdapat beberapa orang murid yang masih belum menyiapkan mobile mereka.

Gambar Aktiviti Murid Membuat mobile Sayuran
Guru memberi penerangan kepada murid-murid



Guru membimbing murid-murid

Murid-murid berdikari dalam menyiapkan tugasan yang diberi









_________________________________________________________
Penutupan
Nama Guru    : Sylvia Augustine
Kelas               : Prasekolah Sk Bahang, Penampang
Masa               : 9.25 – 9.30
Fokus             : KTI 2.0 Muzik
SK                   : KTI 2.1 Mengambil bahagian dalam aktivti menyanyi
SP                    : KTI 2.1.10 Menyanyi dengan sebutan yang betul.
Objektif           : Diakhir pembelajaran ini, murid boleh menyanyi dengan sebutan      
                             yang betul.
KSP                : PM 16.1.3 Mematuhi arahan guru atau ketua kumpulan
Bahan             : Senikata Lagu Sayur-sayuran

Masa
Langkah
Bahan










5 Minit
1.Guru meminta murid-murid menunjukkan hasil ‘mobile sayuran’ masing-masing kemudian menyebut nama sayur-sayuran tersebut.

2.Guru mengarahkan murid-murid duduk dalam kumpulan mengikut jenis sayur-sayuran.

3.Guru menyanyikan lagu ‘Pak Mamat Ada Kebun’

Pak Mamat ada kebun, a,e,i,o,u,,
Dikebunnya ada terung,a,e,i,o,u,
Ada timun, tomato, lobak, bendi, sawi dan kentang
a,e,i,o,u.

4.Murid-murid menyanyikan dalam kumpulan kemudian dibahagikan kepada kumpulan perempuan dan lelaki.



Senikata lagu
Mobile sayuran yang telah siap.

Refleksi :
Secara keseluruhan,murid-murid dapat mengkut proses pembelajaran dengan baik sekali. Semua murid melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dirancang. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit ganguan apabila melibatkan aktiviti yang melibatkan murid-murid membaca kerana masih terdapat murid-murid yang belum pandai membaca.

Gambar Aktiviti Penutupan

Murid-murid bersedia untuk aktiviti penutupan

Guru menyanyikan lagu sayuran kepada murid dengan lirik lagu

Murid mendengar sebelum turut serta menyanyi


Murid menyanyi bersama-sama dengan guru

Murid menyanyi beramai-ramai dengan melakukan gayanya sekali

Menyanyi dengan menggunakan mobile yang mereka cipta sendiri



Disediakan Oleh, 
  • Caroline Jintanin         PPG/41043/11 (Set Induksi)
  • Francis @ Bryan M       PPG/41041/11 (Aktiviti 1)
  • Natasha Abdullah         PPG/41042/11 (Aktiviti 2)
  • Sylvia Augustine           PPG/41039/11 (Penutupan)




4 comments:

  1. hello cikgu bryan dan rakan2,
    blog cikgu ni agak menarik ya??? jarang saya jumpa blog sebegini...walaubagaimanapun saya rasa wallpaper yang cikgu bryan gunakan nie kurang sesuai bagi laman yang memaparkan rancangan harian prasekolah...mungkin jika lebih berwarna warni lebih tepat dengan konsep blog anda! maaf andai menyinggung, tapi itu hanya komen kan?? semoga berjaya cikgu bryan!!

    ReplyDelete
  2. thks untuk komennya Miss Julia, Me and the Ging sangat berbesar hati dengan pandangan anda. Maklumlah baru jak berkecimpung dengan "esBloging" hehehehe..Nanti kami cari lu apa background yang sesuai..Thks again Miss Julia...peace ^-^

    ReplyDelete
  3. wah nampaknya semakin ceria blog anda.... ada monyet makan pisang lagi...tahniah kerana berjaya lagi menambah item pada ruangan suka suka...
    :)

    ReplyDelete
  4. hehehe..thks banyak2 ye..kerana telah memberi idea kepada ahli kumpulan kami. Terus sumbangkan idea anda untuk membantu kami mengupdatekan lagi "esblog" ini...:) peace

    ReplyDelete