Papan Cerita (Storyboard)
Kumpulan Guru-guru Prasekolah
Daerah Penampang.
Alamat blog: myppg2011.blogspot.com
Nama AHli Kumpulan: No. Matrik
1. Sylvia Augustine PPG/41039/11
2. Natasha Abdullah PPG/41042/11
3. Francis @ Bryan Maralag PPG/41041/11
4. Caroline Jintanin PPG/41043/11
Muka depan: Pengenalan Kursus
Tema: Pengajaran dan Pembelajaran (Buah-buahan)
- Menerima tugasan pada 15 Oktober 2011
- Berbincang dalam kumpulan dan bersetuju dengan tema yang dipilih.
- Pengagihan tugas dibuat dan menjalankan P&P di sekolah masing-masing.
- Pengumpulan data dibuat pada 2hb Disember 2011
Set Induksi oleh
Sylvia Augustine.
(Mengenali dan mengecam buah-buahan)
- Warna
- Rasa
- Nama buah
- Bersoal jawab tentang buah-buahan yang murid ketahui berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.
- BBM yang digunakan adalah carta buah-buahan.
- Guru mengajak murid menyanyi lagu buah-buahan bersama-sama sambil membuat pergerakan.
- Murid-murid gembira menjalankan aktiviti nyanyian bersama guru.
- Murid-murid memberikan respon yang memberangsangkan ketika sesi soal jawab diajukan.
Langkah 1
oleh Natasha Abdullah
(Memadankan perkataan dengan buah (replika) yang betul.
- BBM yang digunakan adalah carta buah-buahan, buah (replika) dank kad perkataan.
- Guru meminta murid menyebut semula buah-buahan yang telah dipelajari sebelum ini sebagai pengukuhan.
- Guru meminta murid membaca kad perkataan yang ditunjukkan kepada mereka.
- Guru menerangkan aktiviti pembelajaran seterusnya iaitu meminta murid memadankan kad perkataan dengan buah (replika) yang betul.
- Murid-murid gembira untuk melaksanakan aktiviti tersebut.
- Guru memilih beberapa orang murid untuk memadankan kad perkataan dengang buah (replika) yang telah disediakan di atas meja.
- Murid-murid menunggu giliran untuk mendapatkan kad perkataan dari guru.
- Murid membaca kad perkataan yang diberi dan mencari buah yang sesuai dengan perkataan tersebut.
- Guru dan murid membuat penilaian tentang aktiviti yang telah dilaksanakan.
- Guru mengemukakan pertanyaan sama ada rakan mereka telah memilih buah yang betul untuk kad perkataan secara kelas.
Langkah 2 oleh
Francis @ Bryan Maralag
(Membaca ayat pendek dan mudah)
BBM yang digunakan ialah kad ayat.
- Guru membaca kad ayat bersama-sama dengan murid.
- Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan pengalaman mereka tentang buah yang dibaca.
- Sebagai langkah pengukuhan beberapa orang murid diminta membaca ayat di hadapan kelas.
- Murid-murid lain medengar dan membaca bersama.
- Guru menunjuk perkataan dalam kad ayat dan murid membaca secara beramai-ramai sebagai aktiviti penilaian.
- Murid membaca setiap perkataan yang ditunjuk oleh guru.
Penutup oleh
Caroline Jintanin
Refleksi: Pengukuhan pembelajaran
- Guru memandu murid untuk mengingat kembali pembelajaran yang lepas tentang buah-buahan.
- Murid menyebut semula buah-buahan yang telah dipelajari.
- Guru meminta murid pandai mengeja nama buah yang disebut sebagai pengukuhan pembelajaran.
- Murid mengeja buah yang disebut guru dengan atau tanpa kad perkataan.
- Murid-murid lain mendengar sambil memahami maksud perkataan berkenaan.
- Guru meneruskan aktiviti dengan memilih murid-murid dari kumpulan sederhana.
- Murid kumpulan sederhana mengeja dengan bantuan kad perkataan.
Penutup:
- Guru mengajak murid menyanyi lagu buah-buahan sambil membuat pergerakan.
- Murid-murid menyanyi bersama guru sambil melakukan pergerakan.
Sekian
dan
Terima Kasih



