Set Induksi
Nama guru : Caroline Jintanin
Kelas : Prasekolah Sk St Theresa Inobong, Penampang
Masa : 7.50 – 8.00
Komponen : Set induksi
Fokus : Bahasa dan Komunikasi
Objektif : Murid dapat menamakan sayur-sayuran yang ditunjukkan dengan betul.
SP : 2.2.7 Bersoalajawab secara bersopan
SK : 2.2 Bersoaljawab melalui ransangan yang diberi.
KSP : KTI 2.1.8 Mengambil bahagian dalam aktiviti lagu.
Bahan : Bahan maujud sayur-sayuran dan lirik lagu.
Masa | Langkah | Bahan |
10minit | Langkah 1 -Guru bersoal jawab dengan murid. Siapa yang suka makan sayur? Kamu suka makan sayur apa? -Murid memberi jawapan secara lisan. Langkah 2 -Guru menunjukkan sayur-sayuran kepada murid dan menyoal murid? Kamu pernah nampak sayur ini di rumah? -Murid memberikan jawapan masing-masing. -Murid menamakan sayur-sayuran yang mereka kenal. | Bahan maujud Sayur-sayuran |
Langkah 3 -Guru menyebut nama sayur-sayuran yang ditunjukkan dan mengkatogerikan kepada jenis-jenis buah. o Sayur jenis daun (kangkung,bayam,sawi) o Sayur jenis kacang (kacang panjang,kacang bendi) o Sayur jenis buah (petola,peria,terung,labu air) -Murid menamakan semula jenis-jenis sayur yang ditunjukkan oleh guru. Langkah -Guru menyanyikan lagu sayur-sayuran mengikut lirik yang ditunjukkan. -Guru dan murid menyanyikan lagu sayur-sayuran bersama-sama. | Lirik lagu Sayur-sayuran Saya suka makan sayur, Sayur sawi dan kangkung, badan sihat kulit cantik bila kita makan sayur. |
Refleksi :
Aktiviti yang dijalankan menarik minat murid. 15orang murid dapat menamakan nama sayur-sayuran yang dibawah oleh guru dan 8 orang murid dapat mengkatogerikan jenis-jenis sayuran yang dibawa oleh guru.
Guru menunjukkan sayur sebenar kepada murid dan menerangkan nama bagi sayur tersebut |
Murid dipanggil kehadapan untuk membantu guru |
Guru menerangkan nama bagi setiap sayur |
Murid menyebut semula nama sayur yang telah mereka tahu |
_________________________________________________
Aktiviti 1 : Mengeja dan Membaca
Nama Guru : Francis @ Bryan Maralag
Masa | 8.00 – 8.25 (25 Minit) |
Tunjang | Bahasa Malaysia |
Fokus | BM 3.0 Kemahiran Membaca |
Standard Kandungan | BM 3.6 Membaca frasa |
Standard Pembelajaran | BM 3.6.1 Membaca frasa dengan bimbingan |
Objektif | Diakhir pembelajaran ini, murid dapat Mengeja dengan betul Membaca frasa dengan sebutan yang betul dengan bimbingan guru |
Kesepaduan | PSE 2.3.6 Berinteraksi dengan yakin. PM 6.1.13 Mematuhi arahan guru atau ketua kumpulan. |
Aktiviti | Langkah Pengajaran 1. Guru menerangkan jenis-jenis sayur daun kepada murid. Contohnya, sayur sawi, kalian, kobis, kangkung dan bayam 2. Guru menayangkan persembahan Power Point mengenai sayur daun. 3. Guru meminta murid mengeja nama sayur dan kemudian membaca secara terus nama sayur tersebut 4. Guru meminta murid menulis nama sayur dengan betul menggunakan perisian Talk Any. |
Bahan | Komputer Riba Televisyen Converter Komputer ke Televisyen. |
Refleksi
22/25 daripada murid dapat mengeja dan membaca nama sayur daun dengan betul. 3 orang murid masih lemah dalam kemahiran membaca. Gunakan murid yang telah mahir membaca frasa mudah untuk mmembimbing murid yang lemah. Guru juga harus menggunakan bahan interaktif yang lebih menyeronokkan.
Video Aktiviti 1
___________________________________________________________
Aktiviti 2
Nama Guru : Natasha Abdullah
Kelas : Prasekolah Sk Bahang, Penampang
Masa : 8.25 – 9.25
Komponen : Kreativiti dan Estetika
Fokus : KTI 1.0 Seni Visual
SK : KTI 1.1 Menggunakan pengetahuan tentang bahan dan teknik dalam
menghasilkan karya seni (Aplikasi seni)
SP : KTI 1.1.3 Memilih pelbagai bahan yang sesuai dalam penghasilan karya
Objektif : Di akhir pembelajaran ini, murid dapat memilh pelbagai bahan yang
sesuai dalam penghasilan karya
KSP : ST 3.3.3 Memerhati dan bercerita tentang sayur-sayuran dan buah-
buahan yang biasa dijumpai
Bahan : Gambar draf sayuran, Pensel warna, Kertas tebal (pemegang), Gam
dan Gunting
Masa | Langkah | Bahan |
Langkah 2 (60 minit) | Aktiviti Membuat ‘mobile sayuran’ 1. Guru tunjukkan bahan-bahan yang perlu digunakan iaitu gambar sayuran dan kertas tebal. 2. Penerangan cara untuk membuat; mewarna terlebih dahulu kemudian lekatkan gambar pada kad manila sebelum digunting. 3. Murid-murid mewarna gambar sayuran dengan teliti dan setelah selesai murid melekatkan gambar yang telah siap diwarna pada kad manila. 4. Guru membantu menggunting gambar sayuran tadi kemudian meminta murid melekatkan sayuran yang telah digunting pada kertas tebal yang dijadikan pemegang. | - Gambar draf sayuran Pensel warna - Kertas tebal (pemegang) - Gam - Gunting |
Refleksi :
Aktiviti yang dilakukan sangat menarik minat murid. Tetapi terdapat beberapa kelemahan sebelum, semasa dan selepas aktiviti ini berlangsung. Antaranya ialah, sebelum aktiviti guru seharusnya menunjukkan contoh mobile sayuran yang telah siap kepada murid untuk menarik perhatian semasa penerangan dilakukan. Ini kerana murid-murd tidak dapat memahami apa sebenarnya yang guru hendak sampaikan dan apa yang perlu mereka lakukan. Semasa aktiviti berlangsung pula, murid yang mendapat gambar yang agak mudah telah siap membuatkan kawalan kelas kurang terkawal. ini kerana murid yang telah siap menggangu rakan-rakan yang belum lagi siap. Selepas aktiviti pula, murid mula membuat bising dengan menggayakan mobile sesama mereka. Ini disebabkan terdapat beberapa orang murid yang masih belum menyiapkan mobile mereka.
Gambar Aktiviti Murid Membuat mobile Sayuran
Guru memberi penerangan kepada murid-murid |
Guru membimbing murid-murid |
Murid-murid berdikari dalam menyiapkan tugasan yang diberi |
_________________________________________________________
Penutupan
Nama Guru : Sylvia Augustine
Kelas : Prasekolah Sk Bahang, Penampang
Masa : 9.25 – 9.30
Fokus : KTI 2.0 Muzik
SK : KTI 2.1 Mengambil bahagian dalam aktivti menyanyi
SP : KTI 2.1.10 Menyanyi dengan sebutan yang betul.
Objektif : Diakhir pembelajaran ini, murid boleh menyanyi dengan sebutan
Fokus : KTI 2.0 Muzik
SK : KTI 2.1 Mengambil bahagian dalam aktivti menyanyi
SP : KTI 2.1.10 Menyanyi dengan sebutan yang betul.
Objektif : Diakhir pembelajaran ini, murid boleh menyanyi dengan sebutan
yang betul.
KSP : PM 16.1.3 Mematuhi arahan guru atau ketua kumpulan
Bahan : Senikata Lagu Sayur-sayuran
Masa | Langkah | Bahan |
5 Minit | 1.Guru meminta murid-murid menunjukkan hasil ‘mobile sayuran’ masing-masing kemudian menyebut nama sayur-sayuran tersebut. 2.Guru mengarahkan murid-murid duduk dalam kumpulan mengikut jenis sayur-sayuran. 3.Guru menyanyikan lagu ‘Pak Mamat Ada Kebun’ Pak Mamat ada kebun, a,e,i,o,u,, Dikebunnya ada terung,a,e,i,o,u, Ada timun, tomato, lobak, bendi, sawi dan kentang a,e,i,o,u. 4.Murid-murid menyanyikan dalam kumpulan kemudian dibahagikan kepada kumpulan perempuan dan lelaki. | Senikata lagu Mobile sayuran yang telah siap. |
Refleksi :
Secara keseluruhan,murid-murid dapat mengkut proses pembelajaran dengan baik sekali. Semua murid melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dirancang. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit ganguan apabila melibatkan aktiviti yang melibatkan murid-murid membaca kerana masih terdapat murid-murid yang belum pandai membaca.
Gambar Aktiviti Penutupan
Murid-murid bersedia untuk aktiviti penutupan |
Guru menyanyikan lagu sayuran kepada murid dengan lirik lagu |
Murid mendengar sebelum turut serta menyanyi |
Murid menyanyi bersama-sama dengan guru |
Murid menyanyi beramai-ramai dengan melakukan gayanya sekali |
Menyanyi dengan menggunakan mobile yang mereka cipta sendiri Disediakan Oleh,
|

















